Selasa, 19 Februari 2013

Sungguh agung namamu wahai Nabi! Namamu ya Rasulullah diabadikan Tuhan sepanjang zaman Menunjukkan mulianya engkau di sisi Tuhan di dunia dan di Akhirat Tuhan promosi engkau, hingga engkau di bibir mulut manusia Nama Tuhan dan namamu digandingkan sama Disebut nama Tuhan maka disebut namamu juga Setiap yang hendak masuk Islam nama Tuhan dan namamu disebut di dalam dua kalimah syahadah Namamu disebut di dalam doa selepas wudhuk Namamu juga disebut di dalam doa selepas azan dan iqamah Namamu disebut di dalam sebarang doa agar dikabulkan permintaan Sungguh mulia engkau, namamu disebut di mana-mana sahaja Di dalam sembahyang namamu disebut ketika tahiyyat Jika tidak disebut tidak sah solat Belum lagi pencinta-pencinta engkau yang mabuk dengan engkau Mereka lebih-lebih banyak lagi menyebut nama engkau Iaitu engkau disebut di dalam selawat Sebelum sembahyang, selepas sembahyang, di dalam sembahyang, ketika berkhalwat Setiap yang berzikir namamu mesti disebut orang berulang kali Seolah-olah engkau masih hidup di dunia ini Ya Nabi namamu sungguh harum semerbak mewangi Ya! Namamu dihidup orang sekalipun jasadmu sudah dikebumi Apa sahaja upacara Islam namamu mesti disebut Di dalam khutbah namamu disebut oleh khatib di atas mimbar Apatah lagi di masa maulidmu, selawat berkumandang tidak jemu-jemu Seolah-olah engkau bersama di majlis itu Seolah-olah engkau masih hidup bersama kami atau mereka Begitulah cintanya Tuhan kepadamu, hingga namamu disebut selalu bahkan setiap waktu Tuhan menselawatkanmu, para malaikat juga begitu Orang mukmin dianjurkan menselawatkanmu selalu semahu-mahunya Hingga tidak ada ruang dan masa yang kosong yang tidak disebut namamu Namamu disebut di langit dan di bumi Begitulah kehormatan yang engkau perolehi dari Tuhanmu Belum lagi menyebut peribadi, sikap dan perbuatanmu Engkau adalah contoh segala contoh, ikutan di dalam sebarang hal Contoh dan ikutan yang tidak ada tandingan sebarang zaman Samada orang sebelum kelahiranmu mahupun setelah kelahiranmu Engkau memanglah Sohibulazman Engkau adalah bapa mithali bagi seluruh keluarga dan manusia Engkau didik mereka mencintai Tuhan dan Akhirat Mereka jual dunia untuk Akhirat mereka Engkau adalah laksana ibu tempat bermanja tidak ada taranya Tempat mengadu, tempat meminta, tempat mencurahkan perasaan Guru yang luarbiasa, pemimpin sejati yang mengasihi dan dikasihi Engkau adalah kawan setia bahkan mengutamakan kawan setiap masa Di waktu musafir, ketika bermukim, engkau khidmati mereka Engkau jiran yang baik, engkau anggap jiran engkau adalah keluarga Kehormatan mereka engkau jaga, kesusahan mereka engkau bela Anak-anak yatim, fakir miskin, janda-janda engkau hiburkan, mereka terhibur Engkau sering sahaja bersama mereka, mereka bangga Kejahatan orang engkau balas dengan kebaikan Engkau pemaaf, menerima keuzuran, ziarah orang sakit, mengiringi jenazah Engkau pemurah, ibadahmu banyak, suka berkhidmat kepada orang Setiap kebaikan yang engkau cakapkan engkau berbuat Engkau sangat mencintai Tuhan dan Akhirat Para-para tetamu engkau sangat hormati dan menjaga keperluan mereka Janji engkau tepati, hutang orang engkau bayarkan Kesabaran engkau sangat terserlah, tawakal engkau menjadi budaya, keberanian engkau tidak ada tara Engkau sangat lemah lembut, tidak keras tapi tegas Engkau mesra dengan orang, peramah, marah tidak ketara Engkau tidak mengumpat, tidak menghina, tidak mengata Akhlak engkau tinggi, wibawa engkau luarbiasa Musuh-musuh engkau mengakui sekalipun mereka benci Pada diri engkau ada segala contoh-contoh bagi setiap golongan manusia Kalau seorang guru engkaulah contohnya, kalau seorang pemimpin engkaulah ikutannya Jika seorang bapa atau ibu engkaulah suri teladannya Jika suami engkaulah patut ditiru Sekiranya seorang kawan engkaulah contohnya Jika seorang ulama engkaulah contoh terbaik bagi ulama Kalau seorang mubaligh engkaulah tempat rujuknya Jika seorang pejuang engkaulah tempat ukurannya Engkau tidak payah ditonjol-tonjol memang engkau sudah tertonjol Engkau tidak payah berlakon-lakon membuat baik, engkau memang orang yang terbaik Engkau tidak perlu pura-pura baik memang sikap engkau sudah baik dan terdidik Engkau tidak payah meminta disanjung, kerana semua orang menyanjung engkau tanpa diminta Dunia hari ini memerlukan pemimpin, guru, bapa, ibu, mubaligh, pejuang, suami, kawan, peniaga bayanganmu ya Rasullullah Hari ini semua golongan bukan bayanganmu lagi Kerana itulah dunia hari ini huru-hara, haru-biru, krisis berlaku, pergaduhan, jenayah, perbalahan, peperangan Berlakulah kebimbangan dan ketakutan Allahummasalli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘ala ali Saiyidina Muhammad posted by Rafiq at 5:50 PM PRINSIP KEPEMIMPINAN DAN PERJUANGAN ISLAM Oleh : Panel Penulis JAKIM Dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan oleh baginda untuk mencapai matlamat penegakan dan pengukuhan negara Islam. Berdasarkan tindakan-tindakan baginda yang berbagai-bagai itu maka kita dapat mengambil beberapa qawa’idul ‘ammah atau prinsip-prinsip umum sebagai panduan kepada kepemimpinan dan perjuangan Islam hari ini. Berikut adalah beberapa prinsip-prinsip umum yang dapat kita pelajari dari perjuangan Rasulullah s.a.w. Kejelasan visi dan cara penyampaian Dalam al-Quran, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. melaksanakan seruan risalah-Nya secara terang-terangan seperti yang dijelaskan oleh firman Allah yang maksudnya:“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.”(Al-Hijr: 94) Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman yang bermaksud:“Dan katakanlah: Sesungguhnya aku ini adalah pemberi peringatan yang terang.”(Al-Hijr: 89) Berpandukan perintah dari Allah yang setegas itu maka Rasulullah s.a.w. naik ke bukit Safa untuk memanggil kaum Quraisy dengan suara yang lantang. Baginda berteriak: “Ya Sahabah! Ya Sahabah!”. Panggilan yang dipakai oleh Rasulullah s.a.w. ini adalah satu cara yang digunakan oleh bangsa Arab jika ada sesuatu perkara yang penting. Setelah mereka berkumpul baginda pun berkata:“Hai Banu Abdul Muttalib, hai Banu Fihr, hai Banu Ka’ab, bagaimana pendapat kamu sekalian jika aku khabarkan bahawa di sebalik gunung ini ada sepasukan musuh yang berkuda datang untuk membinasakan kamu? Apakah kamu percaya dengan apa yang aku katakan?” Jawab mereka: “Ya kami akan percaya.” Kata Rasulullah s.a.w.: “Ketahuilah kamu sekalian bahawa aku adalah seorang pemberi peringatan kepada kamu tentang datangnya azab dari Allah.” Sejak awal lagi Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan risalah Islam secara terang dan jelas serta tidak berselindung dalam menyatakan tuntutan Islam ke atas umat manusia. Bagi kabilah Arab yang datang ke kota Makkah untuk menunaikan haji pun baginda menyampaikan risalah secara jelas tanpa berselindung-selindung. Baginda berkata: “Hai Bani Fulan! Sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah yang diutus kepada kamu sekalian. Allah memerintahkan kamu semua untuk menyembah-Nya dengan tidak menyengutukan-Nya dengan sesuatu. Hendaklah kamu tinggalkan segala macam bentuk penyembahan selain Allah. Hendaklah kamu beriman kepada Allah dan membelaku agar aku dapat menyampaikan risalah ini kepada kamu semua.” Sikap Rasulullah s.a.w. menyampaikan risalah dan visi Islam secara lantang dan jelas ini telah menaikkan kemarahan para pemimpin Quraisy. Bagi memujuk Rasulullah s.a.w. meninggikan dakwahnya, mereka telah mengutuskan Utbah ibn Rabi’ah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Setelah mendengar ucapan Utbah lalu bagindapun membaca ayat-ayat pertama Surah Fussilat sehingga ayat yang maksudnya: “Bila mereka berpaling, maka katakanlah: Aku telah memperingatkan kamu dengan petir seperti petir yang menimpa kaum ‘Ad dan kaum Thamud.”(Fussilat: 13) Mendengarkan sahaja ayat ini lantas Utbah menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan seolah-olah terasa hendak disambar petir. Setelah itu ia kembali ke tengah-tengah kaumnya dan menyarankan supaya Rasulullah s.a.w. dibiarkan sahaja dan jangan diganggu. Tawaran-tawaran yang dikemukan oleh Utbah telah ditolak oleh Rasulullah s.a.w. kerana semuanya adalah jalan-jalan yang akan memesongkan baginda s.a.w. daripada menyampaikan risalah Islam dengan sejelas-jelasnya. Ini kerana pengaruh harta dan kedudukan boleh menganggu kelancaran dan keberkesanan risalah Islam. Daripada dasar ini dapatlah diyakini bahawa metode pengukuhan sesebuah pemerintahan Islam mestilah berpegang kepada kaedah kejelasan visi dan risalah Islam dari segi matlamat, intipatinya dan pendekatan penyampaiannya. 1. Pelaksanaan menurut kemampuan Pemerintahan dan pentadbiran negara Islam hendaklah bergerak menurut kadar kemampuan struktur pengurusan, kepemimpinan, anggota-anggota, para pendokong dan masyarakat keseluruhannya. Dasar ini diambil dari sabda Rasulullah s.a.w. :“Apabila aku perintahkan dengan sesuatu, maka kerjakanlah menurut kemampuannya.”(riwayat Ibn as-Subki) Namun demikian apa yang dimaksudkan dengan kemampuan di sini hendaklah ianya memenuhi tuntutan-tuntutan al-Quran. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat (yang dengan persiapan itu) kamu akan menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang yang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya.”(Al-Anfal: 60) Perkataan ‘kekuatan’ dalam ayat ini mengandungi pengertian segala daya dan tenaga serta segala perkakas dan kelengkapan yang dapat membuat hati musuh menjadi kecut dan gentar. Demikianlah juga mesej yang disampaikan dalam firman Allah yang bermaksud: “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.”(At-Taghabun: 16) Ayat ini juga menjadi dalil bahawa setiap usaha yang dilaksanakan hendaklah menurut kapasiti kekuasaan dan kemampuan yang sedia ada. Oleh hal yang demikian, pemerintahan dan pentadbir bagi sesebuah negara Islam mestilah bergerak menurut kemampuan struktur pengurusannya daripada segi persediaan kekuatan dalaman, perencanaan strategi dan keupayaan untuk melaksanakan strategi tersebut. Bergerak menurut kemampuan yang ada di kalangan kepemimpinan pula hendaklah dilihat daripada segi penguasaan kepemimpinan terhadap permasalahan dalaman negara seperti penguasaan terhadap kerangka pentadbiran serta jentera-jenteranya dan penguasaan terhadap ahli-ahli serta pengagihan tenaga mereka. Daripada segi luaran pula adalah berkenaan penguasaan kepemimpinan terhadap musuh-musuh serta persediaan mereka dan segala faktor-faktor luar yang boleh menjejaskan matlamat. Kemampuan anggota dan badan pelaksana pula hendaklah diambil kira semasa pemerintahan negara Islam bergerak melaksanakan dakwah dan jihad di dalam masyarakat. Ini hendaklah dilihat pertamanya dari sudut keupayaan ahli-ahli melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dan keduanya dari segi kualiti dan kuantiti ahli. Perjuangan pemerintahan Islam juga mestilah bergerak dengan mengukur kemampuan pendokong dan masyarakat keseluruhannya. Ini berlandaskan kepada hakikat masyarakat umum lebih mudah terpengaruh dan tertipu dengan pujukan golongan jahiliyyah. Firman Allah yang bermaksud: “Maka Fir’aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.”(Az-Zukhruf: 54) Di dalam tafsir Ibn Kathir disebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘mempengaruhi’ ialah mempengaruhi akal mereka sehingga mudah diajak kepada kesesatan dan menjadi pengikutnya. Berdasarkan kepada tabi’at masyarakat umum yang begini maka perjuangan mengukuhkan pemerintahan Islam perlulah bergerak dengan berhati-hati agar tidak ada tindakannya yang boleh dijadikan oleh jahiliyyah sebagai bahan untuk mengelirukan masyarakat umum. Sekiranya jahiliyyah masih lagi cuba untuk mengelirukan masyarakat dengan isu-isu tertentu, maka pucuk pimpinan negara Islam hendaklah bersedia sepenuhnya untuk menjelaskan kekeliruan ini sebaik-baiknya kepada mereka. Seruan risalah Islam dan penekanan-penekanan tertentu yang hendak dibawa oleh kepimpinan pemerintahan Islam mestilah bersesuaian dengan kemampuan masyarakat untuk memahami dan menerimanya. Sekiranya rata-rata umat Islam masih lagi belum memahami banyak perkara berkaitan dengan Islam dan tuntutan-tuntutannya, maka wajarlah pucuk pimpinan dan badan pelaksana negara Islam menangguhkan sesuatu tindakan yang dirasakan boleh memesongkan matlamat asal perjuangan mendaulatkan Islam. Sebaliknya penumpuan hendaklah dilakukan terhadap pentarbiyahan dan pembentukan masyarakat secara menyeluruh. Pendekatan pucuk pimpinan yang bergerak menurut kemampuannya dan kemampuan masyarakat yang ingin diubahnya, adalah pemimpin yang bijak dalam menggembleng tenaga, pandai memanfaatkan keadaan dan tahu untuk mengelak sebarang kemudaratan dan kerosakan. Berhati-hati dalam tindakan Kaedah ini diambil dari tuntutan Al-Quran iaitu dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, ambillah langkah-langkah kewaspadaanmu dan majulah berkelompok-kelompok atau majulah bersama-sama.”(An-Nisa’: 71) Dan juga berdasarkan firman Allah dalam ayat yang lain bermaksud: “Orang-orang kafir itu menghendaki kamu supaya lalai terhadap senjata dan persiapanmu, maka mereka menyerbu kamu dengan sekaligus.”(An-Nisa’: 102) Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Para ulama merasakan adalah amat penting bersifat sentiasa berwaspada dan selalu mengajak manusia supaya waspada kerana ini memenuhi maksud perintah al-Quran.” Dalam sirah nabawiyah terdapat banyak peristiwa yang membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. mengambil berat berkenaan sifat berhati-hati atau waspada ini. Sejak permulaan dakwah lagi baginda mengumpulkan beberapa sahabatnya dan melaksanakan pentarbiyahan secara rahsia. Para sahabat pula apabila hendak solat, mereka pergi ke lembah-lembah dan menunaikan solat secara sembunyi-sembunyi. Semasa peristiwa hijrah pula Rasulullah s.a.w. telah merancangkan pemergiannya bersama saidina Abu Bakar dengan penuh waspada agar tidak diketahui oleh musuh. Di Madinah pula Rasulullah s.a.w. sentiasa mengutuskan pasukan-pasukan kawalan untuk memerhati pergerakan musuh di kawasan-kawasan sempadan negara. Dari seluruh tindakan-tindakan waspada yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dapat dirumuskan bahawa matlamatnya adalah untuk menjaga perjalanan dakwah, penyebaran risalah yang dipimpinnya dan pengukuhan sistem pemerintahan Islam. Tindakan berhati-hati dalam apa juga bentuk, bukan bertujuan untuk menyembunyikan dakwah dan risalah Islam. Tidak pula tindakan ini bertujuan untuk membawa umat Islam ke belakang. Kewaspadaan bertujuan untuk mengembangkan risalah dan mendaulatkan pemerintahan Islam dengan cara menutup pintu-pintu mudarat yang mungkin akan menghancurkan atau menyekat perkembangannya sama sekali. Melaksanakan tindakan berhati-hati dalam bergerak bukanlah sifat pengecut. Kepimpinan Islam tidak berjuang untuk mendapat kemasyhuran dari segi mempunyai ahli-ahli yang berani mati atau mendapat kepopularan. Sekiranya sesuatu tindakan itu akan membawa mudarat, maka berwaspada dan tidak mengambil sebarang tindakan adalah merupakan satu tindakan yang paling wajar dan dianggap sebagai amal saleh di sisi Islam. Hikmah dalam tindakan Antara prinsip asas kepimpinan dan perjuangan Islam yang dapat diambil dari sirah nabawiyah juga ialah hikmah dalam tindakan. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik lagi indah, dan berbahas dengan mereka secara yang baik lagi indah.”(An-Nahl: 125) Hikmah mencakupi makna yang amat luas. Para ulama mengertikannya sebagai rahsia-rahsia ad-Din serta ketentuan syari’at yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. dan mereka juga mengisyaratkan hikmah sebagai sunnah. Dalam manhaj perjuangan Islam, penggunaan asalib dan wasa’il yang luas adalah merupakan tindakan hikmah sama ada bagi mencapai ahdaf (sasaran-sasaran tertentu) ataupun ghayah (matlamat akhir). Hikmah di sini dilihat dari segi kesesuaian sesuatu tindakan yang diambil berteraskan tuntutan menjaga maslahat dan mengelak kemudaratan. Sekiranya sesuatu tindakan yang diambil melalui nasihat, pujukan dan memberi kemaafan boleh membawa maslahat yang bersesuaian dengan syari’at, ataupun ia dapat menghindarkan mudarat, maka tindakan itu dianggap hikmah. Dalam amsa yang sama sekiranya mengangkat senjata, mengisytiharkan jihad atau menghukum bunuh terhadap musuh-musuh dianggap berupaya membawa maslahat yang lebih luas kepada perjuangan Islam, maka melaksanakan tindakan-tindakan tersebut pula dianggap hikmah di sisi syariat Islam. Mengambil kira waqi’Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya bukan kerana kaum kamu yang baru saja keluar dari masa jahiliyyah nescaya aku ubah Ka’bah itu dan aku lekatkan ke bumi (iaitu pintu Ka’bah), dan aku jadikan baginya dua pintu, iaitu pintu yang manusia masuk daripadanya dan pintu yang manusia keluar daripadanya.”(riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah s.a.w. tidak melaksanakan perkara ini kerana menurut baginda ia adalah lebih utama memandang suasana di mana orang-orang Quraisy baru saja memeluk Islam. Sekiranya baginda laksanakan juga nescaya mereka lari dari Islam. Larinya Quraisy dari Islam ketika itu adalah keadaan mafsadah atau mudarat kepada maslahat yang diperjuangkan. Maka ini bermakna Rasulullah s.a.w. telah meraikan pandangan umum dalam perkara yang tidak mengakibatkan tergendalanya sesuatu amal yang telah ditetapkan oleh Allah. Penetapan sesuatu tindakan dengan memerhatikan suasana dan mengambil kira waqi’ masyarakat setempat adalah dilandaskan kepada satu kaedah fiqh iaitu: “Adat (kebiasaan) itu boleh ditetapkan sebagai hukum.”Menurut kaedah ini, meraikan atau mengambil berat terhadap pandangan umum setempat dan pandangan dunia merupakan satu daripada dasar-dasar Islam. Pandangan-pandangan ini diraikan dalam hal-hal yang tidak menyekat syariat. Sekiranya hal-hal itu bertentangan dengan syariat Islam atau akan menyekat syariat maka pandangan-pandangan itu tidak boleh diraikan. Kepimpinan Islam mestilah benar-benar memahami waqi’. Pemahaman terhadap waqi’ yang tepat dapat membantu perjuangan untuk menegakkan Islam. Ini kerana pemerintahan Islam dapat memahami apakah faktor-faktor yang boleh melambatkan penyebaran dan penerimaan risalah di dalam masyarakat. Ia juga dapat mengenali di manakah letaknya elemen-elemen kuasa dalam masyarakat yang mengarahkan serta mempengaruhi segala tindakan masyarakat. Pengetahuan pucuk pimpinan Islam terhadap kedua-dua faktor ini akan membantunya dalam merencanakan strategi yang lancar dan kemas di dalam masyarakat sehingga akhirnya mampu mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Demikianlah prinsip-prinsip umum dan asas kepada metode kepimpinan dan perjuangan Islam bersandarkan tuntutan syarak yang dapat dinukil dari sirah nabawiyah. Prinsip-prinsip ini hendaklah dilihat secara keseluruhan di dalam menimbang sesuatu tindakan yang akan diambil. Mengambil prinsip ini secara berasingan ataupun menekankan kepada sesuatu prinsip semata-mata akan mengakibatkan tindakan yang kurang matang serta merugikan kedaulatan pemerintahan dan negara Islam. Pengabaian terhadap dasar-dasar ini pula akan menjauhkan kepemimpinan dan perjuangan umat dari matlamat sebenar. PRINSIP KEPEMIMPINAN DAN PERJUANGAN ISLAM Oleh : Panel Penulis JAKIM Dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan oleh baginda untuk mencapai matlamat penegakan dan pengukuhan negara Islam. Berdasarkan tindakan-tindakan baginda yang berbagai-bagai itu maka kita dapat mengambil beberapa qawa’idul ‘ammah atau prinsip-prinsip umum sebagai panduan kepada kepemimpinan dan perjuangan Islam hari ini. Berikut adalah beberapa prinsip-prinsip umum yang dapat kita pelajari dari perjuangan Rasulullah s.a.w. Kejelasan visi dan cara penyampaian Dalam al-Quran, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. melaksanakan seruan risalah-Nya secara terang-terangan seperti yang dijelaskan oleh firman Allah yang maksudnya:“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.”(Al-Hijr: 94) Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman yang bermaksud:“Dan katakanlah: Sesungguhnya aku ini adalah pemberi peringatan yang terang.”(Al-Hijr: 89) Berpandukan perintah dari Allah yang setegas itu maka Rasulullah s.a.w. naik ke bukit Safa untuk memanggil kaum Quraisy dengan suara yang lantang. Baginda berteriak: “Ya Sahabah! Ya Sahabah!”. Panggilan yang dipakai oleh Rasulullah s.a.w. ini adalah satu cara yang digunakan oleh bangsa Arab jika ada sesuatu perkara yang penting. Setelah mereka berkumpul baginda pun berkata:“Hai Banu Abdul Muttalib, hai Banu Fihr, hai Banu Ka’ab, bagaimana pendapat kamu sekalian jika aku khabarkan bahawa di sebalik gunung ini ada sepasukan musuh yang berkuda datang untuk membinasakan kamu? Apakah kamu percaya dengan apa yang aku katakan?” Jawab mereka: “Ya kami akan percaya.” Kata Rasulullah s.a.w.: “Ketahuilah kamu sekalian bahawa aku adalah seorang pemberi peringatan kepada kamu tentang datangnya azab dari Allah.” Sejak awal lagi Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan risalah Islam secara terang dan jelas serta tidak berselindung dalam menyatakan tuntutan Islam ke atas umat manusia. Bagi kabilah Arab yang datang ke kota Makkah untuk menunaikan haji pun baginda menyampaikan risalah secara jelas tanpa berselindung-selindung. Baginda berkata: “Hai Bani Fulan! Sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah yang diutus kepada kamu sekalian. Allah memerintahkan kamu semua untuk menyembah-Nya dengan tidak menyengutukan-Nya dengan sesuatu. Hendaklah kamu tinggalkan segala macam bentuk penyembahan selain Allah. Hendaklah kamu beriman kepada Allah dan membelaku agar aku dapat menyampaikan risalah ini kepada kamu semua.” Sikap Rasulullah s.a.w. menyampaikan risalah dan visi Islam secara lantang dan jelas ini telah menaikkan kemarahan para pemimpin Quraisy. Bagi memujuk Rasulullah s.a.w. meninggikan dakwahnya, mereka telah mengutuskan Utbah ibn Rabi’ah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Setelah mendengar ucapan Utbah lalu bagindapun membaca ayat-ayat pertama Surah Fussilat sehingga ayat yang maksudnya: “Bila mereka berpaling, maka katakanlah: Aku telah memperingatkan kamu dengan petir seperti petir yang menimpa kaum ‘Ad dan kaum Thamud.”(Fussilat: 13) Mendengarkan sahaja ayat ini lantas Utbah menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan seolah-olah terasa hendak disambar petir. Setelah itu ia kembali ke tengah-tengah kaumnya dan menyarankan supaya Rasulullah s.a.w. dibiarkan sahaja dan jangan diganggu. Tawaran-tawaran yang dikemukan oleh Utbah telah ditolak oleh Rasulullah s.a.w. kerana semuanya adalah jalan-jalan yang akan memesongkan baginda s.a.w. daripada menyampaikan risalah Islam dengan sejelas-jelasnya. Ini kerana pengaruh harta dan kedudukan boleh menganggu kelancaran dan keberkesanan risalah Islam. Daripada dasar ini dapatlah diyakini bahawa metode pengukuhan sesebuah pemerintahan Islam mestilah berpegang kepada kaedah kejelasan visi dan risalah Islam dari segi matlamat, intipatinya dan pendekatan penyampaiannya. 1. Pelaksanaan menurut kemampuan Pemerintahan dan pentadbiran negara Islam hendaklah bergerak menurut kadar kemampuan struktur pengurusan, kepemimpinan, anggota-anggota, para pendokong dan masyarakat keseluruhannya. Dasar ini diambil dari sabda Rasulullah s.a.w. :“Apabila aku perintahkan dengan sesuatu, maka kerjakanlah menurut kemampuannya.”(riwayat Ibn as-Subki) Namun demikian apa yang dimaksudkan dengan kemampuan di sini hendaklah ianya memenuhi tuntutan-tuntutan al-Quran. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat (yang dengan persiapan itu) kamu akan menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang yang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya.”(Al-Anfal: 60) Perkataan ‘kekuatan’ dalam ayat ini mengandungi pengertian segala daya dan tenaga serta segala perkakas dan kelengkapan yang dapat membuat hati musuh menjadi kecut dan gentar. Demikianlah juga mesej yang disampaikan dalam firman Allah yang bermaksud: “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.”(At-Taghabun: 16) Ayat ini juga menjadi dalil bahawa setiap usaha yang dilaksanakan hendaklah menurut kapasiti kekuasaan dan kemampuan yang sedia ada. Oleh hal yang demikian, pemerintahan dan pentadbir bagi sesebuah negara Islam mestilah bergerak menurut kemampuan struktur pengurusannya daripada segi persediaan kekuatan dalaman, perencanaan strategi dan keupayaan untuk melaksanakan strategi tersebut. Bergerak menurut kemampuan yang ada di kalangan kepemimpinan pula hendaklah dilihat daripada segi penguasaan kepemimpinan terhadap permasalahan dalaman negara seperti penguasaan terhadap kerangka pentadbiran serta jentera-jenteranya dan penguasaan terhadap ahli-ahli serta pengagihan tenaga mereka. Daripada segi luaran pula adalah berkenaan penguasaan kepemimpinan terhadap musuh-musuh serta persediaan mereka dan segala faktor-faktor luar yang boleh menjejaskan matlamat. Kemampuan anggota dan badan pelaksana pula hendaklah diambil kira semasa pemerintahan negara Islam bergerak melaksanakan dakwah dan jihad di dalam masyarakat. Ini hendaklah dilihat pertamanya dari sudut keupayaan ahli-ahli melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dan keduanya dari segi kualiti dan kuantiti ahli. Perjuangan pemerintahan Islam juga mestilah bergerak dengan mengukur kemampuan pendokong dan masyarakat keseluruhannya. Ini berlandaskan kepada hakikat masyarakat umum lebih mudah terpengaruh dan tertipu dengan pujukan golongan jahiliyyah. Firman Allah yang bermaksud: “Maka Fir’aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.”(Az-Zukhruf: 54) Di dalam tafsir Ibn Kathir disebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘mempengaruhi’ ialah mempengaruhi akal mereka sehingga mudah diajak kepada kesesatan dan menjadi pengikutnya. Berdasarkan kepada tabi’at masyarakat umum yang begini maka perjuangan mengukuhkan pemerintahan Islam perlulah bergerak dengan berhati-hati agar tidak ada tindakannya yang boleh dijadikan oleh jahiliyyah sebagai bahan untuk mengelirukan masyarakat umum. Sekiranya jahiliyyah masih lagi cuba untuk mengelirukan masyarakat dengan isu-isu tertentu, maka pucuk pimpinan negara Islam hendaklah bersedia sepenuhnya untuk menjelaskan kekeliruan ini sebaik-baiknya kepada mereka. Seruan risalah Islam dan penekanan-penekanan tertentu yang hendak dibawa oleh kepimpinan pemerintahan Islam mestilah bersesuaian dengan kemampuan masyarakat untuk memahami dan menerimanya. Sekiranya rata-rata umat Islam masih lagi belum memahami banyak perkara berkaitan dengan Islam dan tuntutan-tuntutannya, maka wajarlah pucuk pimpinan dan badan pelaksana negara Islam menangguhkan sesuatu tindakan yang dirasakan boleh memesongkan matlamat asal perjuangan mendaulatkan Islam. Sebaliknya penumpuan hendaklah dilakukan terhadap pentarbiyahan dan pembentukan masyarakat secara menyeluruh. Pendekatan pucuk pimpinan yang bergerak menurut kemampuannya dan kemampuan masyarakat yang ingin diubahnya, adalah pemimpin yang bijak dalam menggembleng tenaga, pandai memanfaatkan keadaan dan tahu untuk mengelak sebarang kemudaratan dan kerosakan. Berhati-hati dalam tindakan Kaedah ini diambil dari tuntutan Al-Quran iaitu dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, ambillah langkah-langkah kewaspadaanmu dan majulah berkelompok-kelompok atau majulah bersama-sama.”(An-Nisa’: 71) Dan juga berdasarkan firman Allah dalam ayat yang lain bermaksud: “Orang-orang kafir itu menghendaki kamu supaya lalai terhadap senjata dan persiapanmu, maka mereka menyerbu kamu dengan sekaligus.”(An-Nisa’: 102) Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Para ulama merasakan adalah amat penting bersifat sentiasa berwaspada dan selalu mengajak manusia supaya waspada kerana ini memenuhi maksud perintah al-Quran.” Dalam sirah nabawiyah terdapat banyak peristiwa yang membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. mengambil berat berkenaan sifat berhati-hati atau waspada ini. Sejak permulaan dakwah lagi baginda mengumpulkan beberapa sahabatnya dan melaksanakan pentarbiyahan secara rahsia. Para sahabat pula apabila hendak solat, mereka pergi ke lembah-lembah dan menunaikan solat secara sembunyi-sembunyi. Semasa peristiwa hijrah pula Rasulullah s.a.w. telah merancangkan pemergiannya bersama saidina Abu Bakar dengan penuh waspada agar tidak diketahui oleh musuh. Di Madinah pula Rasulullah s.a.w. sentiasa mengutuskan pasukan-pasukan kawalan untuk memerhati pergerakan musuh di kawasan-kawasan sempadan negara. Dari seluruh tindakan-tindakan waspada yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dapat dirumuskan bahawa matlamatnya adalah untuk menjaga perjalanan dakwah, penyebaran risalah yang dipimpinnya dan pengukuhan sistem pemerintahan Islam. Tindakan berhati-hati dalam apa juga bentuk, bukan bertujuan untuk menyembunyikan dakwah dan risalah Islam. Tidak pula tindakan ini bertujuan untuk membawa umat Islam ke belakang. Kewaspadaan bertujuan untuk mengembangkan risalah dan mendaulatkan pemerintahan Islam dengan cara menutup pintu-pintu mudarat yang mungkin akan menghancurkan atau menyekat perkembangannya sama sekali. Melaksanakan tindakan berhati-hati dalam bergerak bukanlah sifat pengecut. Kepimpinan Islam tidak berjuang untuk mendapat kemasyhuran dari segi mempunyai ahli-ahli yang berani mati atau mendapat kepopularan. Sekiranya sesuatu tindakan itu akan membawa mudarat, maka berwaspada dan tidak mengambil sebarang tindakan adalah merupakan satu tindakan yang paling wajar dan dianggap sebagai amal saleh di sisi Islam. Hikmah dalam tindakan Antara prinsip asas kepimpinan dan perjuangan Islam yang dapat diambil dari sirah nabawiyah juga ialah hikmah dalam tindakan. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik lagi indah, dan berbahas dengan mereka secara yang baik lagi indah.”(An-Nahl: 125) Hikmah mencakupi makna yang amat luas. Para ulama mengertikannya sebagai rahsia-rahsia ad-Din serta ketentuan syari’at yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. dan mereka juga mengisyaratkan hikmah sebagai sunnah. Dalam manhaj perjuangan Islam, penggunaan asalib dan wasa’il yang luas adalah merupakan tindakan hikmah sama ada bagi mencapai ahdaf (sasaran-sasaran tertentu) ataupun ghayah (matlamat akhir). Hikmah di sini dilihat dari segi kesesuaian sesuatu tindakan yang diambil berteraskan tuntutan menjaga maslahat dan mengelak kemudaratan. Sekiranya sesuatu tindakan yang diambil melalui nasihat, pujukan dan memberi kemaafan boleh membawa maslahat yang bersesuaian dengan syari’at, ataupun ia dapat menghindarkan mudarat, maka tindakan itu dianggap hikmah. Dalam amsa yang sama sekiranya mengangkat senjata, mengisytiharkan jihad atau menghukum bunuh terhadap musuh-musuh dianggap berupaya membawa maslahat yang lebih luas kepada perjuangan Islam, maka melaksanakan tindakan-tindakan tersebut pula dianggap hikmah di sisi syariat Islam. Mengambil kira waqi’Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya bukan kerana kaum kamu yang baru saja keluar dari masa jahiliyyah nescaya aku ubah Ka’bah itu dan aku lekatkan ke bumi (iaitu pintu Ka’bah), dan aku jadikan baginya dua pintu, iaitu pintu yang manusia masuk daripadanya dan pintu yang manusia keluar daripadanya.”(riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah s.a.w. tidak melaksanakan perkara ini kerana menurut baginda ia adalah lebih utama memandang suasana di mana orang-orang Quraisy baru saja memeluk Islam. Sekiranya baginda laksanakan juga nescaya mereka lari dari Islam. Larinya Quraisy dari Islam ketika itu adalah keadaan mafsadah atau mudarat kepada maslahat yang diperjuangkan. Maka ini bermakna Rasulullah s.a.w. telah meraikan pandangan umum dalam perkara yang tidak mengakibatkan tergendalanya sesuatu amal yang telah ditetapkan oleh Allah. Penetapan sesuatu tindakan dengan memerhatikan suasana dan mengambil kira waqi’ masyarakat setempat adalah dilandaskan kepada satu kaedah fiqh iaitu: “Adat (kebiasaan) itu boleh ditetapkan sebagai hukum.”Menurut kaedah ini, meraikan atau mengambil berat terhadap pandangan umum setempat dan pandangan dunia merupakan satu daripada dasar-dasar Islam. Pandangan-pandangan ini diraikan dalam hal-hal yang tidak menyekat syariat. Sekiranya hal-hal itu bertentangan dengan syariat Islam atau akan menyekat syariat maka pandangan-pandangan itu tidak boleh diraikan. Kepimpinan Islam mestilah benar-benar memahami waqi’. Pemahaman terhadap waqi’ yang tepat dapat membantu perjuangan untuk menegakkan Islam. Ini kerana pemerintahan Islam dapat memahami apakah faktor-faktor yang boleh melambatkan penyebaran dan penerimaan risalah di dalam masyarakat. Ia juga dapat mengenali di manakah letaknya elemen-elemen kuasa dalam masyarakat yang mengarahkan serta mempengaruhi segala tindakan masyarakat. Pengetahuan pucuk pimpinan Islam terhadap kedua-dua faktor ini akan membantunya dalam merencanakan strategi yang lancar dan kemas di dalam masyarakat sehingga akhirnya mampu mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Demikianlah prinsip-prinsip umum dan asas kepada metode kepimpinan dan perjuangan Islam bersandarkan tuntutan syarak yang dapat dinukil dari sirah nabawiyah. Prinsip-prinsip ini hendaklah dilihat secara keseluruhan di dalam menimbang sesuatu tindakan yang akan diambil. Mengambil prinsip ini secara berasingan ataupun menekankan kepada sesuatu prinsip semata-mata akan mengakibatkan tindakan yang kurang matang serta merugikan kedaulatan pemerintahan dan negara Islam. Pengabaian terhadap dasar-dasar ini pula akan menjauhkan kepemimpinan dan perjuangan umat dari matlamat sebenar. WANITA Segala puji hanya bagimu Tuhan Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam Dengan seindah dan sebaik ciptaan Daku Situlang bengkok Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan Mengatasi panjangnya akal fikiran Sebagai fitrah dan anugerah Hasil doa seorang lelaki Namun Ya Allah Biarkan kejadianku memberi guna Bengkok yang ada menfaatnya Kiranya daku menjadi seorang isteri Kurniakanlah padaku kekuatan Menjadi tulang belakang seorang suami.. seorang mujahid Pengembang perjuangan disayap kiri Diadun dengan kelembutan Menjadi teman sejati.. sahabat setia penyejuk mata Pembina semangat dan penguat jiwa Seanggun peribadi Siti Khadijah Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan Yang memiliki sembilan nafsu Merdeka dari kepentingan peribadi Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suami Saidina Ali Dihantar pemergiannya tanpa ditanya Bilakan pulang? Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan Bersulamkan kemesraan Rumahtangga adalah syurga Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah Akal yang tunggal tidak dibiarkan Hanya berlegar dicelehan periuk belanga Disebalik lipatan lampin anak Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat Menjadi pentadbir disebalik tabir!! Namun Ya Tuhan Siapalah daku untuk memiliki Watak wanita solehah pendamping Nabi Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati Maka kurniakanlah daku Sekeping hati yang sentiasa insaf Hak seorang suami Tidak kan mungkin kupenuhi Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan Biar telahku tadahkan wajahku Buat mengesat debu ditelapak kakinya Dan sememangnya daku mengimpikan Watak seorang ibu Yang bakal melahirkan Putera putera secekal Mus'ab bin Umar Menggadai dunia demi kasih Tuhannya Segigih Zubair Ibnu Awwaam Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu Jua... Memiliki puteri setabah seteguh Masyitah Rela direbus demi mempertahankan iman Atau sesuci Maryan seluruh hidupnya Mengabdikan diri kepada Tuhan Meskipun daku bukan ibunya Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi Namun... Mudah mudahan zuriatku Bakal menampilkan Mujahid mujahid yang rindu memburu syahid Srikandi srikandi yang mampu memakmurkan mukabumi Allah Dengan ketaqwaan.. kesolehah ramainya ummat Rasulullah Yang saling redha berkorban dan dikorbankan Buat menyemarakkan Islam diakhir zaman Sebagaimana kesah seorang ibu Yang telah kematian putera puteranya dimedan jihad; "Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia Aduhai.. kiranya aku punya seorang anak lagi Kurelakan dia turut gugur dijalan Ilahi". Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka Setenang Ummu Faisal Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak anaknya Halangan kecintaan padaMu Ya Ilahi Redhalah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu Inilah pengaduan harap dan munajat Kiranya kekasihMu sendiri pernah menyatakan "Kulihat kebanyakkan dari isi neraka itu adalah wanita"

Tiada ulasan: