Sabtu, 8 Mei 2010

Syiakh: Sudais, Sembahyang Tarawih di Masjid Al-Haram

Persiapan Para Da'i

PERSIAPAN PARA DA’I MENUJU MARDHATILLAH…..
Di adaptasi dari tulisan Imam al-Syaheed Hassan Al-Banna

Dai perlu memulai dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:
1. Kuat tubuh badan
• Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
• Rasulullah saw menitik beratkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
• Pesanan al-Banna:
• Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
2. Akhlak yang mantap
• Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
• Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan
• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
• Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
• Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
• Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha
• Walaupun kaya, perlu bekerja.
• Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
• Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
• Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
• Menjauhi riba dalam semua lapangan.
• Menyimpan untuk waktu kesempitan.
• Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
• Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Akidah yang sejahtera
• Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
• Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
• Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6. Ibadah yang betul
• Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
• Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
• Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
7. Mampu melawan nafsu
• Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
• Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
• Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu
• Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
• Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
• ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.
9. Tersusun dalam urusan
• Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
• Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain.
• Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
• Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
• Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
• Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.



10 Pesanan untuk Kita
1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.



USRAH KITA
MAKSUD USRAH
Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi di samping memperkukuh ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan, iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu, kita hendaklah memandang berat dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.
RUKUN USRAH
Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah mengambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.
1. Berkenalan
Rukun usrah yang pertama ialah taaruf (berkenalan) antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwah sejati. Elakkan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwah itu. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Jadikan firman Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. sebagai perkara yang wajib diutamakan.

Antara firman Allah dan hadis ialah:
- Orang-orang mukmin itu bersaudara-mara. (Al-Hujarat, 26:10)
- Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah. (Ali Imran, 3:103)
- Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain. (Hadis )
- Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya. (Hadis)
- Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksana badan yang satu. (Hadis)

2. Bersefahaman
Rukun usrah yang kedua ialah tafahum (bersefahaman). Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa-apa yang dilarang-Nya. Periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dalam arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat.

Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat dari sahabatnya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu--walau sejarak sehelai rambut sekali pun. Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Sembunyikan kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya, teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendaki-Nya.

Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga berubah hati walau sejarak rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting dalam agama Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya), "Agama itu adalah nasihat." Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadis ini--mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu.

3. Berimbangan
Rukun usrah yang ketiga ialah takaful yang bermaksud memelihara nasib sesama sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesama sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwah sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.

Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya),
"Kalau seseorang daripada kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia beri iktikaf sebulan di masjidku ini. (Hadis riwayat ….)
Sabda baginda lagi (maksudnya),
"Sesiapa memberikan kesukaan kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga." (Hadis riwayat …)

PERINGATAN
Dua perkara yang perlu dititikberatkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah.
Setiap anggota usrah hendaklah menghadiri pertemuan-pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun. Setiap anggota usrah juga hendaklah menunaikan kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya. Apabila kita dapat menunaikan kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan, dan kewangan seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan jayanya. Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun dan peraturan itu akan beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati. Dengan matinya peraturan usrah yang baik ini, gerakan dakwah akan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat dikehendaki dan menjadi tempat harapan bagi umat Islam seluruhnya.

KANDUNGAN USRAH
Apakah yang perlu dilakukan dalam pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: Kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:
1. Membentangkan Kesulitan
Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Beri perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh dan rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya-mempercayai dan tali hubungan ukhuwah dapat diperkukuhkan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya, "Orang mukmin itu cermin bagi saudaranya."
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi (maksudnya):
Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dan dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal turut menangguhkan seluruh badan dengan berjaga malam dan merasai demam.

2. Bermuzakarah
Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah dikira "haram" menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada pucuk pimpinan.
Jangan dibuat keputusan dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat-umat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firman-Nya yang bermaksud :
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya.
Setelah Allah S.W.T. mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan tunjukkan pula apa-apa yang semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana seperti itu dengan firman-Nya yang bermaksud:
Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya.
3. Kajian Buku
Adakan studi (penelitian) terhadap sesebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi itu dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit; menolong orang-orang yang berhajat (walaupun hanya sekadar kata-kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang anggota yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan, menanggung bebanan anggota yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali ukhuwah dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing.

4. Aktiviti Sokongan
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki gunung dan berbasikal. Kita hendaklah juga mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua minggu sekali), solat Subuh berjemaah di masjid dan qiamullail.


ENAM PEGANGAN KITA
LANDASAN Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, serta mereka takut melanggar perintah-Nya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya.) (Al-Ahzab, 27:39) Lihat juga As-Saba, 34:46-50.
• Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya.
• Bahagia dan saadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
• Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.
• Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
• Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan perjuangan.
• Belajar memanfaatkan diri guna kepentingan cita dan agama.


KEMANA ARAH KITA…?
"Al-Islam itu satu nizam, satu sistem hidup yang lengkap, yang syumul, yang merangkumi setiap realiti hidup. Jadi islam itu adalah negara dan tanahair ataupun pemerintahan dan ummah.
Dia adalah akhlak dan kekuatan serta rahmah dan keadilan, dia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun ilmu dan kehakiman, dia adalah mata benda dan harta ataupun usaha dan kekayaan, dia adalah jihad dan dakwah ataupun tentera dan fikrah sebagaimana dia sebagai aqidah dan ibadah".

• Dalam dasar pertama dari RUKUN FAHAM oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna rahimahullah.
• Penghayatan Islam sebagai satu nizam hidup menjadi kewajipan setiap peribadi muslim untuk diterjemahkan.
• Untuk merealisasi cita-cita ini, terdapat beberapa cabaran kepada individu yang menjadi pendokong cita-cita tersebut.
• Mesti menjadi contoh dan teladan yang baik. Bererti menunaikan segala rukun Islam, mengikuti Sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w, menjauhi segala perkara yang syubahat atau yang samar-samar, menjauhi segala yang haram, sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara. Dalam rumahtangganya, ahlinya mestilah beriltizam dengan segala ajaran Islam serta menjaga adab-adabnya.
• Ikhlas serta bertawakkal kepada Allah. Agar seruannya dapat menembusi dan menawan hati yang diseru. Bererti setiap pertuturan, bergerak dan berjalan, serta tingkah-lakunya tiada kepentingan lain semata untuk Islam.
• Luas pembacaan, mengikuti segala peristiwa, pergolakan, perkembangan suasana dan semasa serta mengetahui aliran-aliran pemikiran semasa. Lantas mampu mengemukakan Islam dengan baik, terang, jelas, mudah difahami dan menarik agar dapat membaiki suasana ditengah gelombang kesesatan dan tidak sebaliknya. Firman Allah; “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik".surah An Nahl:125
• Berusaha memahami taraf, kedudukan, tingkatan akal dan pemikiran orang yang diseru.
• Tahu serta bersifat objektif agar tidak mensia-siakan.
• Mulakan seruannya dengan menekan masaalah aqidah dan iman. Bermula beriman kepada Allah sehingga Islam itu adalah satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna. Jelaslah Aqidah Islamiah itu menjadi asas kepada pembentukan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Sebagaimana contoh yang telah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. bagi menyelamatkan manusia daripada azab neraka. Baginda sentiasa bersabar diatas gangguan dan siksaan keatas baginda malah sentiasa berdoa, sabdanya: “Wahai Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".
• Ingatlah! Ini adalah amanah yang besar, bilangannya sedikit, laluannya penuh cubaan dan rintangan lantas sentiasalah bermunajat kepada Allah. Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata;
"Jadilah kamu dengan manusia itu seperti sepohon pokok buah-buahan, mereka melemparnya dengan batu dan dia (pokok) melemparkan kepada mereka dengan buahnya".

دعاء الرابطة
اللهم انك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك والتقت على طاعتك وتوحدت على دعوتك وتعاهدت على نصر شريعتك
فوثق اللهم رابطتها وأدم ودها وأهدها سبلها واملأها بنورك الذى لا يخبو واشرح صدورها بفيض الإيمان بك وجميل توكل عليك واحيها بمعرفتك وامتها على الشهادة فى سبيلك إنك نعم المولى ونعم النصير

Doa Ikatan Hati Kita
Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun di sini kerana kasih sayang kerana Mu. Mereka telah bertemu untuk mentaatiMu. Mereka telah bersatu di bawah dakwahMu.. dan mereka telah berjanji untuk menolong syariatMu.
Oleh itu Ya Allah..
Eratkanlah ikatan hati-hati ini. Kekalkanlah kasih sayangnya. Berilah petunjuk ke jalanMu. Penuhilah Ya Allah hati-hati kami ini dengan cahayaMu yang tidak akan padam-padam. Ya Allah, terangilah hati-hati kami ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Ya Allah, hidupkan hati-hati kami ini dengan mengenaliMu, dan …
Kemudiannya matikanlah kami semua sebagai syaheed di jalanMu.
Ya Allah.. Engkaulah Tuhan sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik penolong.

نشيد الكتائب
هو الحق يحشد أجناده ويعتد للموقف الفاصل
فصفوا الجحافل آساده ودكوا به دولة الباطل
نبى الهدى قد جفونا الكرى وعفنا الشهى من المطعم
نهضنا الى الله نجلو السرى بروعة قرآنه المحكم
ونشهد من دب فوق الثرى وتحت السماء عزة المسلم
دعاة الى الله لسنا نرى له فدية دون بذل الدم
تآخت على الله أرواحنا إخاءا يروع بناء الزمن
وباتت فدى الحق آجالنا بتوجيه قرآننا المؤتمن
رقاق إذا ما الدجى زارنا غمرنا محاريبنا بالحزن
وجند شداد إذا رامنا لبأس رأى أسدنا لا تهن
أخا الكفر إما تبعت الهدى فأصبحت فينا الأخ المفتدى
وإما جهلت فنحن الكماة نقاضى الى الروع من هددا
إذا لأذقناك ضعف الحياة وضعف الممات ولن تنجدا
فإنا نصول بروح الإله ونقفوا ركاب نبى الهدى
الى النصر فى الموقف الفاصل الى النصر فى الموقف الفاصل


Sifat-Sifat
Da’I
Usrah Kita, Pegangan Kita
& Arah Kita

Imam Al-Banna